Saturday, 2 February 2013

Murahnya Mahkotamu



Di kala berteman,
Kala kau berduaan,
Maruahmu tercalar tanpa rasa bersalah,
Malah kau mengagun-agungkannya,
Dalam kalangan temanmu.

Kala berduaan,
Pasti ditengahmu syaitan nirrojin,
Yang selalu menyesatkan umat islam
Apatah lagi yang tidak ingat pada Allah,
Inilah yang telah meragut maruahmu.

Di kala berteman,
Dirimu bagai di awang-awangan
Yang menjadi penyebab dirimu ke
Lembah maksiat.

Ada kalanya dirimu
bagai berada di satu tempat asing,
tanpa tuhan dan peraturan.


Monday, 28 January 2013

MUTIARA SEPI





Aku mutiara yang terkurung
Tidak dapat mengecap kebahagiaan                             
Bagai cengkerang tanpa cahaya

Pasir terhina antara karangan
Bagai laut tak berpenghuni
Tidak dapat mengecap kebahagiaan
Hidup bagai berada di laut kejahatan

Keadaanku mencari kegembiraan
Bagai terpaksa mencari mana asal
Hidup bagai terhanyut
Menunggu cintamu

Pabila ku diambil
Tergubah di kalung cinta
Sinaranku bagai
Mentari di dunia

karya pertama dimana diri ini mula-mula menulis bersajak dimana telah mendapat kemenangan dan telah menyuntik semangat menulis.....

Tuesday, 15 January 2013

MANUSIA SYAITAN ?



(Renungan kepada yang alpa dan lupa)


Engkau manusia bertopengkan binatang,
Dengan tangan yang tajam kuku,
Dengan matamu yang mencerlung,
Kakimu memijak-mijak memusnahkan dunia.

 Tangan-tanganmu yang kotor jijik tanpa mengenal dosa,
Mendera,merosak,memusnah
Jiwa-jiwa yang bersih suci
Terkulai layu.

Kakimu melangkah tidak mengira halal haram
Lorong gelap dan sepi kau kunjungi,
Yang haram kau halalkan.
Mematikan Seseorang yang tidak bersalah tetapi,
Hanya untuk melepaskan nafsu sahaja,
Dengan tangan dan kakimu matinya seorang
Insan yang bernama Syafiah Umairah tanpa
Sebab dan dosa.

Kaki dan tanganmu  dibakar,dirantai
Dan direjam,
Kepada yang telah menyebabkan kematian
Saudaraku itu. Al-Fatihah.


 tulisan ini mengaitkan tentang kekejaman manusia terhadap sesorang walaupun perkara ini tidak sepatutnya kerana setiap orang berhak untuk disayangi bukan sahaja manusia tetapi haiwan juga menyayangi anaknya :)

Monday, 31 December 2012

Denganmu 2012


Setelah berjalan bersamamu akhirnya bakal
Meninggalkan daku dengan kenangan menjadi lipatan sejarah
Walaupun hanya seketika 2012 tetap akan dirindui
Lipatan yang ditinggalkan diingati selamanya

Walaupun hanya seketika kita berjalan
Namun ianya penting kenangan yang telah kita
Lakukan bersama mungkin hanya diingatan
Memori ini menjadi kenangan terindah
Dalam kehidupan

2012 banyak memberi pengajaran
Walaupun mendapat keputusan nyawa ikan
Telah memberikan kekuatan untuk
Mencuba dengan lebih baik

Tanpamu 2012 mungkin pengajaran dalam
Hidup seseorang tidak akan bermakna
Dimana segalanya berlaku disini
Dari kemanisan sehingga sepahit-pahit
Ubat yang terdapat di dunia

Kenangan bersamamu akan diingati
Walaupun selalu bergaduh
Perbezaan pendapat
Tapi bersamamu amat indah

Keindahan ini bukan boleh dapat begitu sahaja
Perlulah melalui liku-liku
Bagi mencapai azam yang telah dipahat
Azam ini berjaya dicaai atau tidak
Hanyalah kita yang mengetahuinya

Selamat tinggal 2012
Selamat datang 2013 mungkin
Banyak lagi kenangan indah bakal tercipta bersamamu....