entry kali ini berkaitan menara yang semua orang ingin jejak iaitu Universiti dimana mereka telah mendapat tempat di semua IPTA di Malaysia....walaupun susah untuk mendapatnya tetap menjadi igauan semua....ini merupakan cita-cita yang diinginkan oleh semua pelajar walau dimana sahaja terutamanya bagi yang telah melihat kawan-kawan mereka dahulu menjejak tempat tersebut
banyak perkara yang harus dialui sesetengah orang mempunyai tuah yang baik hanya perlu mengambil sekali sahaja dan ada yang terpaksa mengambil sehingga dua tiga kali tapi kebanyakannya tidak berputus asa dengan mudah pada tingkatan 6 dahulu cikgu-cikgu selalu mengatakan bahawa 'kaki kanan dah masuk hanya perlu mengheret kaki kiri' ayat ini membawa seribu makna dan telah memberi pelbagai memori dalam mendapatnya....
bagi yang tingkatan 6 setahun setengah hanya seketika sahaja dan bila korang sudah menjejaki menara ini korang akan tahu betapa bermakna berada disana....memori yang terukir dibawa bersama dan akan sentiasa merindui memori terbabit...hal ini kerana suasana di Unversiti berbeza dengan suasana di sekolah....disnilah korang akan lihat pelbagai gelagat manusia dan dapat mengenali siapa sahabat yang sebenarnya....
pengakhiran entry ini bagi saya sendiri yang akan menghabiskan pelajaran di Universiti tidak disangka 3 tahun sekejap sahaja rasa macam baru semalam memasuki tempat tersebut....pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi dengan melayan kerenah manusia dan pengalaman program dalam mendidik bagi menempuhi alam yang lebih mencabar 'alam pekerjaan'....alam yang berbeza dan terpaksa bersaing dengan graduan yang lain....
akhir sekali sebuah puisi buat korang :) !
Puncak Menara Gading
Menggapainya bukan senang
Menjadi iagauan setiap orang
Perlukan usaha dan doa
Dan sedikit tawakal
Mendapatnya bagai menempah tiket ke
Dunia baru
Pelbagai cabaran dilalui
Dengan bantuanNya
Halangan seperti
Memakan benda pahit tapi
Manis didalam
Pengembaraan baru bermula
Pelbagai cabaran baru harus dihadapi
Menjadi perantau buat pertama kali
Negeri sendiri dirindui
Menara ini seluruh dunia
Puncak ini sukar untuk digapai
Pelabagai bantuan diperlukan
Bagi membakar semangat
t urun naik untuk belajar
sentiasa memburu diri
malah perasaan akan turun
apabila melihat kawan-kawan
menjejak lebih awal
lambat tapi bermakna
memori terpahat bagai dipaku
puncak menara idaman
akan daku daki september ini
.jpg)








No comments:
Post a Comment