Saturday, 13 July 2013

Puncak Menara Gading













entry kali ini berkaitan menara yang semua orang ingin jejak iaitu Universiti dimana mereka telah mendapat tempat di semua IPTA di Malaysia....walaupun susah untuk mendapatnya tetap menjadi igauan semua....ini merupakan cita-cita yang diinginkan oleh semua pelajar walau dimana sahaja terutamanya bagi yang telah melihat kawan-kawan mereka dahulu menjejak tempat tersebut

banyak perkara yang harus dialui sesetengah orang mempunyai tuah yang baik hanya perlu mengambil sekali sahaja dan ada yang terpaksa mengambil sehingga dua tiga kali tapi kebanyakannya tidak berputus asa dengan mudah pada tingkatan 6 dahulu cikgu-cikgu selalu mengatakan bahawa 'kaki kanan dah masuk hanya perlu mengheret kaki kiri' ayat ini membawa seribu makna dan telah memberi pelbagai memori dalam mendapatnya....

bagi yang tingkatan 6 setahun setengah hanya seketika sahaja dan bila korang sudah menjejaki menara ini korang akan tahu betapa bermakna berada disana....memori yang terukir dibawa bersama dan akan sentiasa merindui memori terbabit...hal ini kerana suasana di Unversiti berbeza dengan suasana di sekolah....disnilah korang akan lihat pelbagai gelagat manusia dan dapat mengenali siapa sahabat yang sebenarnya....

pengakhiran entry ini bagi saya sendiri yang akan menghabiskan pelajaran di Universiti tidak disangka 3 tahun sekejap sahaja rasa macam baru semalam memasuki tempat tersebut....pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi dengan melayan kerenah manusia dan pengalaman program dalam mendidik bagi menempuhi alam yang lebih mencabar 'alam pekerjaan'....alam yang berbeza dan terpaksa bersaing dengan graduan yang lain....

akhir sekali sebuah puisi buat korang :) !

Puncak Menara Gading


Menggapainya bukan senang
Menjadi iagauan setiap orang
Perlukan usaha dan doa
Dan sedikit tawakal
Mendapatnya bagai menempah tiket ke
Dunia baru

Pelbagai cabaran dilalui
Dengan bantuanNya
Halangan seperti
Memakan benda pahit tapi
Manis didalam

Pengembaraan baru bermula
Pelbagai cabaran baru harus dihadapi
Menjadi perantau buat pertama kali
Negeri sendiri dirindui
Menara ini seluruh dunia

Puncak ini sukar untuk digapai
Pelabagai bantuan diperlukan
Bagi membakar semangat
t urun naik untuk belajar
sentiasa memburu diri

malah perasaan akan turun
apabila melihat kawan-kawan
menjejak lebih awal
lambat tapi bermakna
memori terpahat bagai dipaku

puncak menara idaman
akan daku daki september ini

Tuesday, 14 May 2013

HIDUP BERKELANA


Beruniform ala tentera
Memegang tongkat seperti senjata
Topi sebagai pelindung
Aksesori pelangkap uniform

Bercamping ala tentera
Membina khemah dalam rimba
Gajet pelengkap tapak khemah
Berdirinya khemah seperti banglo di rimba
Tapak khemah halaman rumah
Gajet landskap halaman
Kami seperti satu keluarga

Ladam kuda pembuka majlis
Bersama kelana membuka camping
Keluarga besar meriah tanpa suara
Jurulatih sporting sangat disukai
Pemeriksaan pagi jadi igauan
Pelbagai barang perlu di display

Masakan rimba
Sering ditunggu
sardin pelbagai
Jenama dijadikan bahan
Ayam separuh masak tidak dilupai
Beras dua bungkus dijadikan nasi
Kekadang menjadi kekadang tidak
Kadang-kadang makanan dibungkus
Itulah makanan kami

Kuliah tempat bertemu
Dibuat untuk manikayu idaman
Kekadang dijadikan tempat tidur
Penat bergajet malam ke pagi
Ianya juga tempat bergosip
Jika terdapat berita panas

Kenangan tercipta
Terpahat dihati
Keluarga kelana sering diingati
Perjalanan bersamamu
Sering diingati 

setelah 2 tahun bersama keluarga Kelana Siswa Malaysia (KLKM) telah memberi pelbagai kenangan manis pahit....kenangan ini tercipta apabila menyertai kem dan bersama mereka pelbagai perkara boleh dilakukan....paling menarik apabila disaat perpisahan mereka melakukan aktiviti yang sangat best dan tak akan dilupakan apabila mukaku dipenuhi tepung dan semua orang melihatku dengan muka yang pelik....pengalaman bersama mereka telah terpahat indah walaupun seketika bersama kami sudah seperti satu keluarga....

keluarga yang tidak pernah muram hanya senyum sepanjang masa....perkara paling best yang selalu dipost kat fb apabila ingin mengadakan perjumpaan ayatnya "mai awai habis awai" dari awal sidang hingga akhir sidang itu je yang dia sebut bila lakukan perjumpaan...yang penting perjumpaan hanya sekali seminggu sama ada bincang pasal kem atau bincang pasal makan malam...batch kami adalah batch paling ramai pelajara bukan pendidikan yang telah diterajui oleh pelajar bukan pendidikan....

tapi pada tahun kedua ada penyusutan apabila terdapat ramai pelajar yang telah drop KLKM disebabkan oleh pelajar bukan pendidikan bukanlah wajib dalam menyertai badan uniform...setelah menyertainya anda akan lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dengan aktiviti yang dilakukan...kami hanya lakukan aktiviti santai berlatih kawat bila ada program rasmi sama ada pembukaan hari ko-k dan pembukaan Temasya Olahraga Tahunan (TOT)...

badan beruniform ini sangat santai dan yang paling surprise apabila jurulatih mengatakan full u kami adalah paling segak dan kemas bagi seluruh Malaysia wow so amazing...tapi tetap berbangga dengan kelana @ pengakap seperti satu quote "once a scout forever a scout" quote ni yang akan diingati selamanya dan akan sentiasa berkhidmat dengan pengakap....saat paling manis pada makan malam diamana saat perpisahan kami dengan kelana hanya gambar menceritakan segalanya dan gambar juga sebagai memori yang terpahat selamnya....

pengakhiran entry ini bagi sesiapa yang menyertai sesuatu pastika serius dan kekal sehingga ke akhir mungkin pelbagai cabaran yang harus dilalui tetapi cabaran ini akan mematangkan kita...sekian

di sini terdapat gambar2 ketika kem dan aktiviti bersama keluarga KLKM



Camping Manikayu Level 100



 Pertandingan Kemahiran Pengakap Sidang 2011/2012









 Makan Malam Keluarga KLKM sidang 2011/2012














Makan Malam KLKM tema Colour Block dan Hadiah yg dapat ni pun dapat sebab tukar hadiah  




Saturday, 2 February 2013

Murahnya Mahkotamu



Di kala berteman,
Kala kau berduaan,
Maruahmu tercalar tanpa rasa bersalah,
Malah kau mengagun-agungkannya,
Dalam kalangan temanmu.

Kala berduaan,
Pasti ditengahmu syaitan nirrojin,
Yang selalu menyesatkan umat islam
Apatah lagi yang tidak ingat pada Allah,
Inilah yang telah meragut maruahmu.

Di kala berteman,
Dirimu bagai di awang-awangan
Yang menjadi penyebab dirimu ke
Lembah maksiat.

Ada kalanya dirimu
bagai berada di satu tempat asing,
tanpa tuhan dan peraturan.


Monday, 28 January 2013

MUTIARA SEPI





Aku mutiara yang terkurung
Tidak dapat mengecap kebahagiaan                             
Bagai cengkerang tanpa cahaya

Pasir terhina antara karangan
Bagai laut tak berpenghuni
Tidak dapat mengecap kebahagiaan
Hidup bagai berada di laut kejahatan

Keadaanku mencari kegembiraan
Bagai terpaksa mencari mana asal
Hidup bagai terhanyut
Menunggu cintamu

Pabila ku diambil
Tergubah di kalung cinta
Sinaranku bagai
Mentari di dunia

karya pertama dimana diri ini mula-mula menulis bersajak dimana telah mendapat kemenangan dan telah menyuntik semangat menulis.....

Tuesday, 15 January 2013

MANUSIA SYAITAN ?



(Renungan kepada yang alpa dan lupa)


Engkau manusia bertopengkan binatang,
Dengan tangan yang tajam kuku,
Dengan matamu yang mencerlung,
Kakimu memijak-mijak memusnahkan dunia.

 Tangan-tanganmu yang kotor jijik tanpa mengenal dosa,
Mendera,merosak,memusnah
Jiwa-jiwa yang bersih suci
Terkulai layu.

Kakimu melangkah tidak mengira halal haram
Lorong gelap dan sepi kau kunjungi,
Yang haram kau halalkan.
Mematikan Seseorang yang tidak bersalah tetapi,
Hanya untuk melepaskan nafsu sahaja,
Dengan tangan dan kakimu matinya seorang
Insan yang bernama Syafiah Umairah tanpa
Sebab dan dosa.

Kaki dan tanganmu  dibakar,dirantai
Dan direjam,
Kepada yang telah menyebabkan kematian
Saudaraku itu. Al-Fatihah.


 tulisan ini mengaitkan tentang kekejaman manusia terhadap sesorang walaupun perkara ini tidak sepatutnya kerana setiap orang berhak untuk disayangi bukan sahaja manusia tetapi haiwan juga menyayangi anaknya :)