Wednesday, 17 October 2012

Nasib seorang sahabat



                 

Sahabat
Bagai tempat perhentian sementara
Bagi mencari yang lebih baik
Kekadang hanya tempat berteduh
Dari kepanasan dan kehujanan


Mungkin juga hanya sebagai tumpangan
Mencari sesuatu yang lebih baik
Sebelum ditinggalkan tanpa khabar
Dan terkapai-kapai dalam dunia
Berkawan


Sahabat
Tempat pendengar yang setia
Bagai telinga tanpa gegendang
Mendengar setiap kesedihan dan kegembiraan


Kekadang telinga bagai recorder tak bernyawa
Mendengar luahan tanpa tapisan
Kadang kuat kadang perlahan
Kadang menyakitkan kadang mengembirakan

Sahabat
Mungkin sekadar nama sahaja
Jumpa kebahagiaan ditinggalkan
Seperti ruas tinggalkan bukunya

Ingatlah tanpa sahabat hidupmu seperti berada
Dalam balang kaca keseorangan
Menunggu seseorang datang menyelamat
Kebagiaan mungkin tidak kekal lama
Tanpa sahabat siapa kamu ?


4 comments:

  1. i am still your sahabat, insyaAllah :)
    jgn sedih2 laa kecik
    sinyumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sedih cuma bengang dengan perangai diorang hmmm

      Delete
  2. Adik... sabaqqq naaa..abg dah pandai komen ni... =)

    ReplyDelete
  3. keri kita sahabat forever, wlupun jarang2 jmpa.. hee

    ReplyDelete